FAKTA isu TGHH mimpi jumpa nabi

FAKTA isu TGHH mimpi jumpa nabi
1. TGHH tak pernah menceritakan kepada khalayak umum/orang ramai/di depan media berkenaan mimpi2 beliau bertemu dengan baginda rasulullah.
2. TGHH tak pernah jadikan kisah mimpi bertemu rasulullah sebagai modal politik beliau, apatah lagi untuk menjadikan ia sebagai sumber hukum.
3. TGHH hanya menceritakan kisah mimpi bertemu nabi pada orang2 tertentu sahaja, antaranya bekas mursyidul AM PAS, iaitu ATGNA, dan mursyidul AM PAS ketika ini iaitu Ustaz Hasyim.
4. Tujuannya sekadar untuk berkongsi kegembiraan kerana dikurniakan rezeki mimpi bertemu nabi, ataupun untuk bertanya pandangan orang2 soleh ini berkenaan maksud mimpi tersebut. Itu sahaja.
5. Sekaligus menafikan tohmahan, fitnah dan perlian daripada 'musuh2' TGHH termasuk MAZA, kononya TGHH sombong, angkuh, penipu, reka cerita, tak betul, buat agama baru dan lain2.
6. Maka, yang sampai kepada pengetahuan kita kisah TGHH mimpi bertemu dgn nabi ini adalah datangnya dari mulut ATGNA dan ust Hasyim sendiri, kemudian barulah individu2 yang lain.
7. Bahkan ATGNA dalam satu siri kuliah agama memberitahu hadirin bahawa beliau sendiri pernah bermimpi bertemu dgn nabi, sementara katanya TGHH pula bermimpi tiga kali. Boleh lihat videonya disini: ( https://youtu.be/AQxP2g4QYmE ).
8. Persoalan kini, mengapa orang2 yg 'berbulu' dengan TGHH tadi tidak mengkritik juga ATGNA? Padahal ATGNA sendiri mengaku (menceritakan) kisah mimpinya pada orang ramai, sedang TGHH tak pernah berbuat seperti itu?
9. Jawapannya kerana pembenci2 TGHH hanyalah membenci dan hasad terhadap batang tubuh TGHH. Mengikut neraca pertimbangan puak2 ini, apa2 yang datangnya dari TGHH adalah bohong dan tiada suatu yang betul/baikpun yg wujud pada TGHH.
10. Akhir kalam, nasihat saya pada orang2 berkenaan, bersikap adillah dalam mengkritik atau menghukum. Kalau tidak, buang sahaja 'jubah agama' kamu. Seperti kata ATGNA, "TGHH mimpi jumpa nabi tiga kali, kita ni mimpi jumpa syaitan!". Fikir2lah.

IBNU NOOR
2 April 2018

Comments